Saturday, June 20, 2009

Bersama Dato Seri Nizar @ Genmencheh, Tampin





Pada 17 Jun 2009, saya telah berkesempatan menghadiri ceramah anjuran PAS Tampin. Penceramah khas pada malam itu ialah YAB Dato Seri Nizar, YB Anthony Loke dan Y Bhg Sdr Shamsul.

Tahniah kepada PAS Tampin kerana berjaya menganjurkan ceramah pada malam tersebut, dan sambutan hangat penyokong PAS dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan bahawa jalan kita ke Putra Jaya tidak jauh lagi.

Kita tetap menyokong sepenuhnya YAB Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah!

Wednesday, April 22, 2009

Dialog Bersama Penduduk di Seramban 21 April 2009


Ini merupakan kali kedua DAP NS menganjurkan dialog bersama penduduk di Seremban. Tujuan utama program ini adalah untuk mengutip pandangan dan suara rakyat terhadap DAP, Pakatan dan juga Kerajaan Negeri Sembilan.
Kita bukan serupa Barisan National yang selama ini hanya fokus dalam Makan, Minum dan Main sahaja. Pandangan dan cadangan rakyat amat penting untuk kita yang bersedia untuk mengambil alih kerajaan negeri dan juga negeri pusat. Dan yang penting sekali, rakyat ialah "boss" kepada Kerajaan.
Kita berjanji akan terus mendengar suara rakyat dan memastikan suara rakyat dapat didengar di dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan!